24 October 2011

Anniversary dan keBERANGANan



Happy 2nd Anniversary !


Wah wah dah dua tahun dah blog ni. Rase macam semalam jer create blog ni. Tak sangka kan? Dah kertu dah blog ni rupenye. Opss


Kalau kome perasan dalam tahun ni blog ni baru ade 11 post. Alahai sedih bebenor rasenye. Almaklomlah SPM around the corner orang putih kata. Takde mase nak hapdate. Sibuknye mengalahkan Perdana Menteri. Orang dah naik letih dah tanye kenape saye tak hapdate? Orang yang bertandang kat chatbox tu pun dah beratus dah. Cewah beratus katanya


Hermm..


Sekarang ni tengah berangan nak buat Law Foundation kat UIAM. Hahaha. Perasannye padahal SPM tak habis pun lagi. Bukan tak habis, tak mula pun !


Tengah pening ni macam mane nak cekau 7A ? Aduh. Zaman sekarang ni budak pandai-pandai. Kena compete habis-habisan. Result kene kaw kaw punya kalau tak, tak survive yop. Kau jangan nak berangan kerajaan buat dasar meritokrasi kau ade tempat kat uni. Tidak semestinye uols. Sekarang ni kalau dapat 4-5  A pun belum tentu dapat ape yang kita nak. Last-last, form 6 jugak yang kita yang dapat. Ai jangan. Saya tak sanggup. Nanti jumpe cikgu-cikgu form 5. Pastu jumpe dengan budak-budak upper six yang snobbish itu. Jangan buat gila yop. Mau berperang aku tahun depan


Kena bawak senapanglah gamaknya kalau masuk form 6


Tapi masalahnya saya tengah stress sangat. Taktau lah. Chemistry dan Addmath tu memang dah takde harapan dah nak dapat A. Harap kat Biology and Physics sajelah. Kalau tak dapat macammane ? Jangan cakap saya kene berusahalah, buat banyak latihanlah. Semua tu dah capok ok. Saya dah bertapa kat Gunung Jerai 4 bulan dah study subjek-subjek tu semua. Tapi susah uols. Sampai terpakse ambil cuti 2 hari minggu lepas sebab stress katanya. Memang betullah pilihan saya nak tukar aliran lepas SPM. Aliran sains memang menyesakkan kepala otak saya


Minggu-minggu terakhir nilah macam-macam drama jadi kat sekolah. Sentap sana sentap sini. Rasa nak beli je kipas besar. Then, saya kipaskan sesape yang buat hal tu. Geram tau


Saye order seploh kipas macam ni. Sesape yang buat hal kena kipas ok. Awas!


Macammane ni? Kepala dah blank dah. Tengok buku pun rase nak pengsan dah sekarang ni. SPM lagi tiga minggu. Physics 10 bab, Chemistry 14 bab, Biologi  15 bab. Addmath 21 bab. Tu belum lagi core subjects uols






TIDAAAAAAKK