29 January 2011

Gong Xi Fa Cai oh !




Happy Rabbit Year!

Ya ya cuti panjang tiba lagi! *Panjang ke ? 

Oleh sebab dah serabot dengan benda-benda kat sekolah tu, cuti-cuti macam ni memang amat dinanti-nantikan. Tak pergi mana-mana pun takpe. Asalkan ade cuti. So bolehlah buat taik mata bebanyak kaann.

Ber`vacation` pun mestilah berfacebook juge katanya

Tahun ni banyak betul dapat limau. Sampai 3 kotak. Kembong perotla makan limau bebanyak. Tapi pe nak buatkan. Bukannye selalu dapat limau tu.. So kita tibai ajelahh kaaannnn.

Thanks cikgu coz bagi `angpao`. Kalau saya berdaya, saya buatla. Kalau tak berdaya tu, anak cucu tumpang lalu yee. EHEHEE..



15 January 2011

Malas ubatnya ape ?





Akhir-akhir ni, saya malas betul la!  


Kerja BM tak siap2, Nota AGAMA lagi. English lagi 3 bab nak kena tulis synopsis. ADDMATH, lagilahh. Duduk dalam bilik bukannya nak siapkan kerja-kerja tu, tapi dok termenung tengok bantal. 


Nak SPM tahun ni pun tak sedar-sedar diri lagi. Tu la waktu form four dulu gatal gi bermalas-malasan. Honeymoon year konon. Sekarang ni dah terikut dah. Sampai nak tengok buku pun rasa dah tak larat dahh HAHA. Mengada-ngadanyee.




PELEMPANG JUGAK KANG !





09 January 2011

Stress stress stress !

Tahun ni form five kann, so...




Gilalah aku lepas ni !


ADDMATH, MATH MODE, FIZIK, KIMIA, BIOLOGI





02 January 2011

New Year Happy HAHA .



Ya ya tahun baru tiba lagi. Umur pun bertambahla setakuk lagi ops.


Rasa macam baru semalam je bunga api tahun lepas berdentum-dentum. Pejam celik pejam celik, dah tahun 2011 dah. Sedar tak sedar saya dah 17 tahun. Sedar tak sedar saya dah tua dah. Oh NOOOO !!


Tahun ni dah boleh agak dah. Mesti banyak `pressure` punya. Dahlaa nak amik SPM kann. So nanti, bila dah hujung-hujung tu, mesti kembang je rambut. Serabut la katakan. Nanti kat mana letak pen, kat mana letak buku pun dah tak ingat dah. Mulalah nak lupa sana, lupa sini.  Jangan lupa pakai seluar sudahlah HAHAHA.


Apa-apa pun, tahun ni tahun last saya pakai uniform sekolah. Lepas tahun ni, semua bawak haluan masing-masing. Waktu tu barulah kita sedar yang, hidup tak semudah yang kita sangkakan.



HAPPY NEW YEAR 2011 !