24 October 2011

Anniversary dan keBERANGANan



Happy 2nd Anniversary !


Wah wah dah dua tahun dah blog ni. Rase macam semalam jer create blog ni. Tak sangka kan? Dah kertu dah blog ni rupenye. Opss


Kalau kome perasan dalam tahun ni blog ni baru ade 11 post. Alahai sedih bebenor rasenye. Almaklomlah SPM around the corner orang putih kata. Takde mase nak hapdate. Sibuknye mengalahkan Perdana Menteri. Orang dah naik letih dah tanye kenape saye tak hapdate? Orang yang bertandang kat chatbox tu pun dah beratus dah. Cewah beratus katanya


Hermm..


Sekarang ni tengah berangan nak buat Law Foundation kat UIAM. Hahaha. Perasannye padahal SPM tak habis pun lagi. Bukan tak habis, tak mula pun !


Tengah pening ni macam mane nak cekau 7A ? Aduh. Zaman sekarang ni budak pandai-pandai. Kena compete habis-habisan. Result kene kaw kaw punya kalau tak, tak survive yop. Kau jangan nak berangan kerajaan buat dasar meritokrasi kau ade tempat kat uni. Tidak semestinye uols. Sekarang ni kalau dapat 4-5  A pun belum tentu dapat ape yang kita nak. Last-last, form 6 jugak yang kita yang dapat. Ai jangan. Saya tak sanggup. Nanti jumpe cikgu-cikgu form 5. Pastu jumpe dengan budak-budak upper six yang snobbish itu. Jangan buat gila yop. Mau berperang aku tahun depan


Kena bawak senapanglah gamaknya kalau masuk form 6


Tapi masalahnya saya tengah stress sangat. Taktau lah. Chemistry dan Addmath tu memang dah takde harapan dah nak dapat A. Harap kat Biology and Physics sajelah. Kalau tak dapat macammane ? Jangan cakap saya kene berusahalah, buat banyak latihanlah. Semua tu dah capok ok. Saya dah bertapa kat Gunung Jerai 4 bulan dah study subjek-subjek tu semua. Tapi susah uols. Sampai terpakse ambil cuti 2 hari minggu lepas sebab stress katanya. Memang betullah pilihan saya nak tukar aliran lepas SPM. Aliran sains memang menyesakkan kepala otak saya


Minggu-minggu terakhir nilah macam-macam drama jadi kat sekolah. Sentap sana sentap sini. Rasa nak beli je kipas besar. Then, saya kipaskan sesape yang buat hal tu. Geram tau


Saye order seploh kipas macam ni. Sesape yang buat hal kena kipas ok. Awas!


Macammane ni? Kepala dah blank dah. Tengok buku pun rase nak pengsan dah sekarang ni. SPM lagi tiga minggu. Physics 10 bab, Chemistry 14 bab, Biologi  15 bab. Addmath 21 bab. Tu belum lagi core subjects uols






TIDAAAAAAKK





17 October 2011

Sentap I



Saya ni sebenornye susah nak sentap2 ni. Apa barang sentap2. Not my level ok. Cewah not my level katanya.  Yelah saya ni dalam bab mengutuk orang kira jaguhlah. Orang yang selalu sentap dengan saya sebenarnya. Tapi tu lain yer. Mengutuk2 manje gitu kann. Tapi kejadian yang baru ni betul2 buat saya sentap


Kisahnye begini


Adelah sekali tu minggu lepas dalam kelas kimia. Cikgu suruh saya baca soalan dan jawapannye. Almaklumlah soalan dan jawapannye dalam bahasa inggeris jadi saya pun membacanya ikut slang orang putih. Cewah slang konon padahal slang ko macam orang asli Mah Merut speaking english gitu kan. Yelah kan kenalah belajar slang dari sekarang. Cita2 nak jadi lawyer kan so english kenelah ok kann


Bila speaking tu saya harusnya feeling2 pakai baju orang asli gini

Then adelah sorang kawan ni *kawan ke? dok kondem2 kata english saya overlah tak sedaplah. Tapi takpe. Saya relax dulu walaupun sentap kan. Saya ambil positif perkara tu. Saya sedar accent (loghat) saya cacat lagi so saya akan perbaiki lagi.

Tapi tadi yang paling menyakitkan hati benda tu jadi lagi. Yang penting lebih dasyat ye

Dia dok canang2 satu kelas yang accent saya cacat. Sentap tak ko bila dia dok ajuk2 saya

Hey what are you doing ? What are u doing ??

dia ulang2 kat classmates ikut accent saya. Amboi. Ni dah melampau ni.

Terus saya feeling2 dawson tengah menangis

Kalaulah benda ni jadi kat korang ape korang rase? Memanglah saye seharusnya tak mengambil kisah perkara ni tapi melampau ok kalau macam tu sekali nak judge saya. 

Saya terima segala kritikan. Tapi tak perlulah dok canang satu kelas. Saya ade maruah ok. Cuba kalau ko slow talk, berhemah cakap dengan aku. Tak ke sejuk hati aku. Silap2 haribulan aku belanje tiket pergi Paris pergi balik ok. Siap upah 10 bibik teman kau. Taknak ke?

So sekarang, oleh kerana kau telah buat aku sentap sesentap-sentapnye



Perang Dingin pun bermulalah uolss
( tiru ayat kak senduk )


26 June 2011

Siapakah saya sebenarnya ?






Kadang-kadang kita tak kenal diri kita, tak kenal ape kah bakat kita yang sebenarnya. Entahlah. Dah beratus kali rasanya saya tukar ambition. Now, my ambition is PEGUAM haha.


Pasai pa saya pilih peguam?


Hikmah dari kekalahan yang tidak adil waktu kat Bahas Negeri hari tu, baru saya perasan yang bakat saya ialah BERHUJAH dan sikit2 kemahiran PSIKOLOGI. Wahh haha. Nak tunjuk bakat yang beso2 je =.=""


Ditambah lagi dengan result2 subjek sains yang cukup2 makan je tu. Saya rasa tahun ni ajelah kot saya teruskan bidang sains. Sedangkan addmath form five pun separuh mati nak lulus, ini kan pula addmath Matriks/Form 6/Asasi. Aii idakk ler. Tumpor ler aku! Asalnya cita2 saya psychologist, tapi mmm nampaknya terpaksalah lupakan profesion tu...






PEGUAM. Ya. Tu lah rasanya profesion yang ngam dengan saya kot. Lagipun subjek Sejarah memang favourite saya. ( Bukan berlagak ye ) Cuma yang perlu ditingkatkan, English. Takpe lah nanti saya mintak Usop Wilcha tolong ajarkan. Itulah pentingnye english edukesyeennn, kaannn..


Now, matlamat saye, skor banyak2 A+ ( kecuali ADDMATH haha ) kat SPM, then ke LAW lah saya berhijrah.




GOODBYE SCIENCE STREAM !




02 June 2011

Bahas Ala Parlimen : Sampai situkah perjuangan kita ?


Ish ish ish lame bebenor tak hapdatenye. Dah macam belachan dah blog ni. Almaklomlah perap lame-lame kaann.


Ate ape lame bebenor nak hapdatenyee. Takyoh ler mike buat blog. Kite bakorr je senang !


Baru tadi gi makan pizza ngan geng bahas. Nak mengubat kekecewaan. Ye lah kan. Masih takleh terima lagi kekalahan kat peringkat negeri ritu. Kalau kalah sebab hujah and bidasan tak kukuh takpe. Ni kalah sebab ade perubahan format yang tak diberitahu. Ish SEDIH SEDIH ! Tak adil sungguh.


Bukan senang nak sampai ke peringkat negeri. Jauh pulak tu. Tup tup jadi camni pulak...


Ape ape pun. Nak buat camne. Terima aje lah. Mane tau kot2 ade hikmahnye kann. Tapi aku tetap takkan lupekan kita sepasukan. Walaupun dah kecundang, tapi semangat tu still ade. Mane lah tau kot2 kat unibersiti ( tu lah pentingnye english edukesyeennn ) nanti ade rezki join bahas kan. Tapi pasukan yang ni aku akan ingat sampai bila-bila. Dengan korang lah aku mengenal erti kerjasama, erti persahabatan... Aduh.. Feeling dah ni.



YAB Nurlina Muhd Ali, YB Muhd Azham Marwan, YB Muhd Khairi Hussin, YB Muhd Fuad Saaid, YB Nurhanisah Mat Noh

PASUKAN BAHAS DAERAH BATANG PADANG (SMK SUNGKAI) 2011

♥ U ALL !




P/S : Bahas ASRAMA pulak? HEHE.





19 April 2011

Demam Perbahasan



Ya rabbana lama gila tak hapdatenye..


12-13 April ritu, berlangsungnye Pertandingan Bahas Ala Parlimen Daerah Batang Padang Tahun 2011. Yang bestnye, sekolah kami (SMK Sungkai) johan! Kami `berperang dengan sekolah yang bukan calang hebatnya, SMK Besaut kat final.


Lepas ni, perjuangan kami untuk bawak balik piala perbahasan peringkat negeri Perak. Insyaallah!


 Sifu kami huhu.

 Pembahas-pembahas sekolah. 


Bahas Ala Parlimen Peringkat Negeri Perak : 23-24 April 2011.

05 March 2011

Ape tajuknye ye ?


Dia dah update woi !


Ya rabbi entah berapa lama tak updatenye ye..


Akhir-akhir ni. Sibuk betol la! Lagi-lagi pulak dengan exam yang baru habis ni kaaannn... 


Dua tiga minggu ni... Banyak betol yang terjadi. Ase tak percaya je dah bulan tiga. Yelah tahun ni kan tahun last saya kat sekolah menengah. So, kekadang bila sorang-sorang tu, teringat je lah kan. Sobsobs. 


Tengah excited gila ni! Sebab ape? Sebab akhirnya, dapat jugak jadi wakil sekolah pertandingan perbahasan. Tak kisah lah menang ke tak kaann. Asalkan saya dapat apa yang saya suka.


Oleh sebab exam dah habis dan tekanan kurang dirasai, mood tengah cari gossip-gossip terkini membuak-buak ni. So, budak-budak 5 Kedoktoran, SMK Sungkai, WATCH OUT! Ngehngehngeh.





05 February 2011

Hohh !

36 jam je lagi nak sekolah.


Cepatnye mase berlalu. Tambah cuti lagi seminggu, boleh?






Bukan ape yall. Nanti kat sekolah kang kena mengadap kerja2 sekolah, ujian lisan, lepas tu kena mengadap budak-budak kelas yang tak reti dok diam tu lagi. URGHH!


Tu belum lagi jumpa akak-akak form six yang muka macam `bab satu` tu. Ish meluatnye aku. Sorilah kalau orang-orang yang berkenaan tu baca post ni. Saya memang dah tak larat tengok muka anda HAHA.


Ermm cakaplah ape pun. Bukannye boleh tambah cuti pun!



29 January 2011

Gong Xi Fa Cai oh !




Happy Rabbit Year!

Ya ya cuti panjang tiba lagi! *Panjang ke ? 

Oleh sebab dah serabot dengan benda-benda kat sekolah tu, cuti-cuti macam ni memang amat dinanti-nantikan. Tak pergi mana-mana pun takpe. Asalkan ade cuti. So bolehlah buat taik mata bebanyak kaann.

Ber`vacation` pun mestilah berfacebook juge katanya

Tahun ni banyak betul dapat limau. Sampai 3 kotak. Kembong perotla makan limau bebanyak. Tapi pe nak buatkan. Bukannye selalu dapat limau tu.. So kita tibai ajelahh kaaannnn.

Thanks cikgu coz bagi `angpao`. Kalau saya berdaya, saya buatla. Kalau tak berdaya tu, anak cucu tumpang lalu yee. EHEHEE..



15 January 2011

Malas ubatnya ape ?





Akhir-akhir ni, saya malas betul la!  


Kerja BM tak siap2, Nota AGAMA lagi. English lagi 3 bab nak kena tulis synopsis. ADDMATH, lagilahh. Duduk dalam bilik bukannya nak siapkan kerja-kerja tu, tapi dok termenung tengok bantal. 


Nak SPM tahun ni pun tak sedar-sedar diri lagi. Tu la waktu form four dulu gatal gi bermalas-malasan. Honeymoon year konon. Sekarang ni dah terikut dah. Sampai nak tengok buku pun rasa dah tak larat dahh HAHA. Mengada-ngadanyee.




PELEMPANG JUGAK KANG !





09 January 2011

Stress stress stress !

Tahun ni form five kann, so...




Gilalah aku lepas ni !


ADDMATH, MATH MODE, FIZIK, KIMIA, BIOLOGI





02 January 2011

New Year Happy HAHA .



Ya ya tahun baru tiba lagi. Umur pun bertambahla setakuk lagi ops.


Rasa macam baru semalam je bunga api tahun lepas berdentum-dentum. Pejam celik pejam celik, dah tahun 2011 dah. Sedar tak sedar saya dah 17 tahun. Sedar tak sedar saya dah tua dah. Oh NOOOO !!


Tahun ni dah boleh agak dah. Mesti banyak `pressure` punya. Dahlaa nak amik SPM kann. So nanti, bila dah hujung-hujung tu, mesti kembang je rambut. Serabut la katakan. Nanti kat mana letak pen, kat mana letak buku pun dah tak ingat dah. Mulalah nak lupa sana, lupa sini.  Jangan lupa pakai seluar sudahlah HAHAHA.


Apa-apa pun, tahun ni tahun last saya pakai uniform sekolah. Lepas tahun ni, semua bawak haluan masing-masing. Waktu tu barulah kita sedar yang, hidup tak semudah yang kita sangkakan.



HAPPY NEW YEAR 2011 !