20 November 2010

Everything is come and go from our lives..



Lama betol saya tak membebel ye?


Abeh jugak sesi persekolahan tahun 2010. (walaupun secara rasminya saya dah cuti dari rabu haritu ). Ape kata kita imbas kenangan2 yang berlaku sepanjang 2010 yang orang putih kata, worst ni.

Januari
- Sesi orientasi form 4, seminggu. Adoi. Memang boring gila. Rasa nak mati boringnya haha. waktu nilah saatnye saya gi tick borang aliran sains. Lepas tu, azab hidup.


- Hari first belajar subjek2 sains, memang berbiratla kepala otak. Dahlah matapelajaran `bahasa` pun dua tiga kertas. Matapelajaran sains sampai tiga kertas ! Saat tu barulah tau betapa susahnye hidup. Amboi feelingnya ayat kao HAHA .


Februari
- Bulan ni memang banyak di`spend`kan kat latihan kawad untuk Hari Sukan Sekolah . Gila banganglah kiteorang berlatih. Waktu bertanding memang feeling abehla. Semangat gilala kiteorang. Budak2 lain pun kata, `kompem PBSM menang punye`. Tapi tengok2, Puteri Islam yang menang. Adoi geram gila. Sampai akhir tahunla diorang eksyen ngan kiteorang HUHH. Mentang2la menang . Takpela. Tahun depan siapla korangg HAHA.


Inilah barisan yang dikagumi itu. (Cewahh berani mati punya statement)

Mac
- Lepas sukan, tibalah masa dimana kepala otak mula digunakan kembali. Waktu tu mulalah nak kelam kabut belajar semua balik. Almaklumlah nak periksa kan. 


- Lepas periksa dapat result yang terok gilaaaaaa. Ha panjang gila kao. Memang gila teruklah. Lepas tu mulalah ada desas-desus yang nak tukar aliran pelajar yang terok gila tu. ( Termasuk saya ). Lepas tu oleh disebabkan ramai yang memberontak, tak jadi. lepas tu barulah saya berazam kononnya saya takmao main2la lepas peristiwa tu. Tapi main2 jugak HAHA.

April
- Tak ingatla pulak hehe.

Mei
- Ujian pertengahan tahun. Adoi ni pun sama teruknya. Terutamanya addmathlah HAHA. 

Jun
Diva Dunia dan Diva Universe (konon..). Haha.


 `Mak` kami .

Hasilnya.

- Ha yang kat atas tu merupakan hasil dari tangan kreatif kami, Geng Seni Kreatif SMK Sungkai.

Julai
- Takde ape pun, kita skip jelah ye. (Pemaleh HAHA)

Ogos
- Ujian rasmi II. Seperti biasalah teruknya. Tapi ok sikitla dari sebelumnya. Lepas dapat result yang `cukup-cukup makan` tu, terus kiteorang belajar tuisyen. Haha. Tu la awal2 tahun haritu takmao masuk. Bila dah dapat result teruk, terhegeh2 nak masuk huhh.

September
- Bulan Puasa dan jugak Bulan Raya.





- Beraye kat rumah cikgu BM.

Oktober
- Takde ada apa pun..

November
- Bulan semua orang serius gilalah. (Kecuali saya). Almaklumlah Peperiksaan Akhir Tahun kan. Tapi result kira ok lah untuk keseluruhan. Mmm adelah dapat A dua ketul. Tahun depan matilah saya nak skor lagi 7 ketul huhh.










- Jamuan akhir tahun, 4 KD`s Glam Party.

Tahun ni memang teruk bagi saya. Tapi ape apepun. Saya takkan lupa semua memori2 saya dengan diorang. :)

P/s : Gambar dicilok dari Cikgu Razmarina dan Fuad