28 March 2010

Malu gila



Salam semua. Sorilah dah lama tak hapdate blog. Dah bersawang dah pun. Kan? Kan? Almaklumlah undangan menyanyi banyak kan.  Siang menyanyi, malam menyanyi. Dah nak tercabut dah anak tekak ni haa. 


Oooo suriram ram ram.

Tadi pergi kedai jap. Beli minyak masak mak suruh kan. Sesaje je mentang-mentanglah anak kesayangan dia ni online je memanjang. Tak pasal2 jadik hamba suruhan pergi kedai.

Pastu bila sampai tengah jalan. Terpandang meter minyak. Adoi. Nak terjojol biji mata tengok minyak dah kering. Grrrr!! Dah menyumpah2 dah saya. Sapelah yang bongok sangat tak reti2 nak isi minyak balik. Huhh. Adik le ni.

Sape berani guna motor ni? Hahaha!!

Then singgahlah BHP jap. Isi minyak le jawabnya. Karang tak isi kang, tak memasal jadik model motor tepi jalan pulak kan. Gitu..

Tengah2 isi minyak tu, entah pekejadahnye entah. Tiba2 la pulak terberangan kan. Alma`alomlah banyak masalah. Dengan pengetua gila tu lagi. Ishh. Dah mulalah nak mengumpat tu. Hihihi...

AAAAAAAAA!

Terkejut saya aihh. Tiba-tiba pulak nyonya tu jerit siang2 buta. Abis keluar melatah saya ni haa. 

Tengok-tengok..

Minyak motor saya tumpah. Adoi. Padanlah dia menjerit. Hishh. Malu gila uoolllsss! Semua mata pandang je budak jambu ni kan. Then... Lepas lap2 semua minyak kat atas motor. Buat2 pose ala2 mamat korea, pakai topi keledar then apalagi...




CABOOOOOTTTTTTT!!!!