07 February 2010

Orang Kelantan Jahat .




Dari dulu lagi saya dengar. Jangan rapat dengan orang Kelantan. Orang Kelantan jahat. Mulut macam puaka. Depan kita baik, tapi belakang kita... Ya rabbi! Haha. :P


Dulu memang saya percaya. Tapi bila dah lama hidup, baru saya sedar.. Alah tak payah cakap orang Kelantanlah woi! Orang2 negeri lain pun sama jugak. Saya pernah jumpa dengan orang Perak, Kedah, Perlis, Wilayah,  Johor yang macam puaka. Sama jugak. Mana negeri yang tak ada budak2 puaka? Ha cakap. Mana negeri yang bersih dari jenayah? Teringin jugak nak tinggal kat sana. Aman je hidup ha ha.


Banyak jugak yang saya dengar. Kalau nak kahwin jangan cari orang kelantan. Tapi kahwin dari mana2 negeri pun. Bercerai berai juga saya tengok. Ada yang jual anak sendiri. Bunuh anak sendiri. Rogol anak sendiri. Dari negeri mana? Seluruh negara!


Tak payah cakaplah orang sana jahat, orang sini jahat. Tengok balik dalam rumah sendiri. Entah2 anak sendiri yang jahat. Tak payah sibuk nak mengata anak orang lain. Ada paham?