04 February 2010

Memori yang indah tapi perit untuk dikenang...


Saya nak balik semula pada 10 tahun yang lepas. Ketika umur saya 5 tahun. Di situ segalanya indah belaka. Memanjat, melompat di sana sini. Walaupun kena tibai (kat punggung) banyak kali pun, masih tak serik2 jugak. Memanjat, melompat kat sana sini balik hahaha! :P Masa tu, kalau boleh tak nak makan nasi. Nak makan cokelat je. Sampai habis rongak gigi ni ha. Ada gambarnya tapi takyahlah nak tengok2. Menyebok aje haha!

Dulu yang digemari tapai dengan air teh air tangan opah. Memang special. Takde siapa boleh lawan. Balik je kampung mesti cari dua benda tu. Pelik kan? Kenapa air teh? Ha kalau nak tau opah saya buat air teh memang lain dari yang lain. Percaya tak kalau buat air teh untuk saya mesti kena buat 1 jag. Untuk saya seorang je.. Percaya ke ? Ha tak percaya sudah. :P

Teringat first time gigi saya `dicabut`. Haha. Oleh siapa? Bukan doctor, bukan nurse. Tapi toknek (moyang) saya. Hihi. Ingatkan bila dah sakit gigi tu nak bawak saya pergi klinik cabut gigi ke apa. Tengok2 dengan `kejamnya` toknek menghapuskan gigi saya yang comel tu dengan sekali tolak je. Sobsobs.



Teringat juga saya... First time ketika saya belajar di tadika dulu. Sangat mengerikan (ketika itulah). Usha cikgu tadika tu pun lain macam je haha. Ingat lagi saya dengan jakunnya pergi masukkan kaki kat bawah meja tu. Biasalah budak kecik baru belajarlah katakan. Manalah tahu ape kegunaannya laci tu. Haha! lepas tu bila mak ambik dari sekolah, menangis2 sampai habis kerusi tu dengan hingus saya. Ha ha. Yang baca tu jangan lari* :P

Banyak yang dikenang. Membuatkan kita senyum sendirian. Banyak juga yang dikenang.. Membuatkan kita menangis sendirian. Kalau masa boleh diputar kembali. Saya nak minum air teh opah puas2. Sampai kembung perut. Kalau gigi rosak, saya suruh toknek cabutkan haha. :P Saya nak kembali semula ke zaman itu. Peluk diorang. Cium pipi diorang... Seminit pun jadilah.