31 January 2010

I Hate Sejarah Because Its Useless!



Muka buku ( Facebook ) memang best. Lagi pulak dengan game2 tu semua kan. Dekat muka buku kita boleh cari kawan2 lama , main kuiz2, berkebun ( Farmville ), tilik nasib ( Orang Islam jangan gatal nak join ), buat bisnes...  Dan macam2 lagilah haih. Thats why la populariti Facebook mencanak2 sekarang. Sampai orang ( bukan saya ) kata , kalau takde Facebook tu memang ketinggalan zaman jugakla..

Okeh. Dekat Facebook yang bestnya juga kita boleh melepaskan amarah/meluat/benci kita. Orang kata ( Bukan saya lagi. ) lepaskan tekanaann. Cehh! :P Lagi2 pula kalau ade orang sokong. Then dia pun bagi2 komen yang membinalah katakan. Lagilah best. Kalau jenis ade yang anti seseorang artis tu. Ha dah mula dahlah buat group macam I Hate F**** S***** tu kan hahaha! :P

Tengok sajalah peminatnya.

Seperti yang dikatakan, yelah Facebook kan tempat melepaskan semua tekaanaann. :P Ha mungkin adik2 ( Perasan besar dah owner blog ni. ) ni stress agaknyaaa.. Yelah kan nak kena mengadap muka cikgu Sejarah aje kan. Lagipun Sejarah kan untuk orang2 yang da matiii..

 Alahai kesiannya kau Sejarah.

Mengikut angka ahli kumpulan tu. Memang sudah terbuktilah ramai orang tak suka Sejarah ni. Tapi...


Macam mana group yang benci Sejarah dah jadi group perkauman? Pelik pula rasanya ya. 1 Malaysia? Rasanya dah tak relevan kott. 

Tertarik pula dengan komen amoi ni...


Kadang-kadang terfikir. Macam mana Malaysia akan datang? Kalau jasa2 nenek moyang kita pun dicampak ke lubang tandas?