01 January 2010

Tahun Baru Gitu.


Meh kita ucap selamat datang kat encik 2010 meh. :D


Ya tahun baru tiba lagi. Masih terngiang-ngiang lagi dentuman bunga api di Dataran Merdeka tahun lepas. Masih terbayang-bayang lagi para pemuda-pemudi harapan bangsa yang `menyambut` tahun baru hingga ke lewat pagi. Masih kedengaran lagi bunyi2 motor yang memekak di tengah2 Kuala Lumpur. Eyh camne entah saya boleh dengar. Saya tinggal kat Sungkai, Perak. Haha. :)





Ha umur pun bertambahlah setakuk lagi. Yang lelaki menjadi-jadilah gatalnya. Yang perempuan tu, menjadi-jadilah gediknya kott. Hahaha. :P Jangan marah. Saya cakap untuk yang sesetengah aje. Yang baca blog ni tak. Anda baeeekk. Kah2. :) *Ayat mengipas* 



Ha yang rancang nak `bina masjid` tahun ni tu. Tahniah saya ucapkan. Moga bahagia ke anak cucu lah ya. :) Yang belum lagi tu. Cepat-cepatkanlah. Bukan ape. Kalao lelaki yang sebaya macam Yusuf Haslam tu. Takpe la jugak kan. Laku lagi. Tapi kalau perempuan tu. Aisey. Hihi. *Err anak cucu tumpang laluu. :)





Tahun baru ni mulalah gatal nak wujud perasaan  tanam azam baru walaupun ada azam tahun lepas masih berapa belum nak tercapai lagi kan. Terutamanya orang tu lah kan. Azamnya tahun lepas nak berisilah konon. Tengok2 lagi kurus adalah. *Uhuk terasa kejap cik abang yang tengah menaip ni ha. Sob Sob. :( 


Tahun ini jua merakam segala kenangan yang berkekalan dalam memori kita. Suka duka, pahit manis. Kalau tahun lepasnya kita dapat bergurau senda, bertepuk tampar, bergelak ketawa dengan `seseorang`, tahun ni mungkin tidak lagi. Mungkin `seseorang` itu telah mengadap Yang Maha Esa terlebih dahulu meninggalkan kita. Kenangan bersama dia yang takdapat dijual beli. :(


Tapi apa yang penting? KERJASAMA. :) Ha dia dah mula dah. Dah mula dahh. Haha. :P Yang penting ofcourselah kehidupan kita yang mendatang ni. Tak gitu?





Hargailah setiap detik didalam waktu yang ada kerana ianya hanya dapat dirasai  sekali sahaja seumur hidup. :)


Orang cakap tahun ni ada ong. Tahun lepas tak ade ong. Entah la tengok sama aje. Haha. Ha tahun ni tu sape yang form four tu jangan nak honeymoon saja ya. Kang menyesal tak sudah. Terutamanya kat budak yang tengah menaip ni kan. Hehe. Tak kisahlah. Sesape pun. Semoga tahun ni lebih baik dari tahun lepas. :)


Okey sekian saya merasmikan entry saya yang pertama untuk tahun 2010. Hihi. ;D


p/s : Tahun Baru! Semangat Baru!