24 November 2010

Halal ke ?



Benda ni selalu jadi kat saya tau.


Hari tu, balik dari kelas Taekwondo, motor saya rosak. Almaklumlah saya ni tergolong dari segi `pemaleh` nak servis-servis motor ni. Then bila motor buat hal, mulalah kelam kabut mencari bengkel kan. Then kawan2 ( Indians ) yang sama kelas Taekwondo dengan saya tu  pun temanlah saya pergi bengkel. Diorang pun baik dengan saya kat sekolah dengan Taekwondo`s class so diorang pun sudilah nak teman saya.


Tolonglah tolak, abang polis. Bolehlah jugak buang seketul dua lemak tu kan HAHA!

Lepas habis repair tu, kawan tu pun ajaklah saya pergi minum teh. Siap nak belanja saya lagi. Diorang memang baik dengan saya kan so diorang nak ajak saya pergi minum sekali, dengan diorang. Tapi masalahnye, kedai yang diorang ajak tu kedai makan cina. Saya tanya slow-slow kat diorang, 

"Mmm HALAL ke?". *HAHA skemanya soalan aku! 

Then diorang cakap, 

"Takpe kita minum je.. Kiteorang tau u tak boleh makan `benda` itu kan."

Then saya dah taktau nak buat ape dah HAHA. Lepas tu, hari pun nak hujan kan. Tak jadilah plan kiteorang yang nak `minum-minum` tu. Niat diorang memang baik nak belanja saya minum tapi saya was-waslah. Nak cakap takut diorang terasa kann..

Mmm boleh ke minum kat kedai non-muslim?



2 commentos:

::FAIZ FARISH:: said...

kalau minum air tin ok kot....

ZWAN SABRI said...

tawu xpa.. slalu gak menda ni jadi kat aku.. huhu..