24 November 2010

Halal ke ?



Benda ni selalu jadi kat saya tau.


Hari tu, balik dari kelas Taekwondo, motor saya rosak. Almaklumlah saya ni tergolong dari segi `pemaleh` nak servis-servis motor ni. Then bila motor buat hal, mulalah kelam kabut mencari bengkel kan. Then kawan2 ( Indians ) yang sama kelas Taekwondo dengan saya tu  pun temanlah saya pergi bengkel. Diorang pun baik dengan saya kat sekolah dengan Taekwondo`s class so diorang pun sudilah nak teman saya.


Tolonglah tolak, abang polis. Bolehlah jugak buang seketul dua lemak tu kan HAHA!

Lepas habis repair tu, kawan tu pun ajaklah saya pergi minum teh. Siap nak belanja saya lagi. Diorang memang baik dengan saya kan so diorang nak ajak saya pergi minum sekali, dengan diorang. Tapi masalahnye, kedai yang diorang ajak tu kedai makan cina. Saya tanya slow-slow kat diorang, 

"Mmm HALAL ke?". *HAHA skemanya soalan aku! 

Then diorang cakap, 

"Takpe kita minum je.. Kiteorang tau u tak boleh makan `benda` itu kan."

Then saya dah taktau nak buat ape dah HAHA. Lepas tu, hari pun nak hujan kan. Tak jadilah plan kiteorang yang nak `minum-minum` tu. Niat diorang memang baik nak belanja saya minum tapi saya was-waslah. Nak cakap takut diorang terasa kann..

Mmm boleh ke minum kat kedai non-muslim?



20 November 2010

Everything is come and go from our lives..



Lama betol saya tak membebel ye?


Abeh jugak sesi persekolahan tahun 2010. (walaupun secara rasminya saya dah cuti dari rabu haritu ). Ape kata kita imbas kenangan2 yang berlaku sepanjang 2010 yang orang putih kata, worst ni.

Januari
- Sesi orientasi form 4, seminggu. Adoi. Memang boring gila. Rasa nak mati boringnya haha. waktu nilah saatnye saya gi tick borang aliran sains. Lepas tu, azab hidup.


- Hari first belajar subjek2 sains, memang berbiratla kepala otak. Dahlah matapelajaran `bahasa` pun dua tiga kertas. Matapelajaran sains sampai tiga kertas ! Saat tu barulah tau betapa susahnye hidup. Amboi feelingnya ayat kao HAHA .


Februari
- Bulan ni memang banyak di`spend`kan kat latihan kawad untuk Hari Sukan Sekolah . Gila banganglah kiteorang berlatih. Waktu bertanding memang feeling abehla. Semangat gilala kiteorang. Budak2 lain pun kata, `kompem PBSM menang punye`. Tapi tengok2, Puteri Islam yang menang. Adoi geram gila. Sampai akhir tahunla diorang eksyen ngan kiteorang HUHH. Mentang2la menang . Takpela. Tahun depan siapla korangg HAHA.


Inilah barisan yang dikagumi itu. (Cewahh berani mati punya statement)

Mac
- Lepas sukan, tibalah masa dimana kepala otak mula digunakan kembali. Waktu tu mulalah nak kelam kabut belajar semua balik. Almaklumlah nak periksa kan. 


- Lepas periksa dapat result yang terok gilaaaaaa. Ha panjang gila kao. Memang gila teruklah. Lepas tu mulalah ada desas-desus yang nak tukar aliran pelajar yang terok gila tu. ( Termasuk saya ). Lepas tu oleh disebabkan ramai yang memberontak, tak jadi. lepas tu barulah saya berazam kononnya saya takmao main2la lepas peristiwa tu. Tapi main2 jugak HAHA.

April
- Tak ingatla pulak hehe.

Mei
- Ujian pertengahan tahun. Adoi ni pun sama teruknya. Terutamanya addmathlah HAHA. 

Jun
Diva Dunia dan Diva Universe (konon..). Haha.


 `Mak` kami .

Hasilnya.

- Ha yang kat atas tu merupakan hasil dari tangan kreatif kami, Geng Seni Kreatif SMK Sungkai.

Julai
- Takde ape pun, kita skip jelah ye. (Pemaleh HAHA)

Ogos
- Ujian rasmi II. Seperti biasalah teruknya. Tapi ok sikitla dari sebelumnya. Lepas dapat result yang `cukup-cukup makan` tu, terus kiteorang belajar tuisyen. Haha. Tu la awal2 tahun haritu takmao masuk. Bila dah dapat result teruk, terhegeh2 nak masuk huhh.

September
- Bulan Puasa dan jugak Bulan Raya.





- Beraye kat rumah cikgu BM.

Oktober
- Takde ada apa pun..

November
- Bulan semua orang serius gilalah. (Kecuali saya). Almaklumlah Peperiksaan Akhir Tahun kan. Tapi result kira ok lah untuk keseluruhan. Mmm adelah dapat A dua ketul. Tahun depan matilah saya nak skor lagi 7 ketul huhh.










- Jamuan akhir tahun, 4 KD`s Glam Party.

Tahun ni memang teruk bagi saya. Tapi ape apepun. Saya takkan lupa semua memori2 saya dengan diorang. :)

P/s : Gambar dicilok dari Cikgu Razmarina dan Fuad

04 November 2010

My blog is changed but I`m not !




Ha siap pun!  Sakit kepala otak saya mengedit blog ni HAHA. Dari biru terus ke coklat. Ala2 nature gitu kan. Tapi kat yang header tu tersilap colourlah. Supposed to be same colour with entry background but ok laa. Nanti saya buat balik. Tapi tak taulah bila.. Tahun depan agaknya HAHA .


Url pun saya ubah. Dari akudakgila.blogspot.com, sampailah ke bukanyangbukanbukan.blogspot.com. Masa mula-mula nak tukar tu, berapa ratus kali jugaklah saya fikir. Almaklumlah akibatnye banyak kalau kita tukar-tukar url ni. Tapi sekarang, treng tengg tennggg... Bertukar jugak akhirnya. Nama akudakgila tu biarlah kekal sebagai kenangan. Sobsobs ! :(


Mmm. Happy Deepavali to all Indians in Malaysia. I want maruku. Also, ladu. Give me anything. I want my 20 KG back!


Fallait pas commencer m'attirer me toucher