10 April 2010

Babi itew..



Gini ceritanya..


Tadi lepas memanjakan kepala kat salun Khadijah, saya cepat-cepatlah pecut motor ke bengkel kan. Nak tukar minyak hitam katanya. Yelah. Dah 5 bulan ( kot ) tak tukar. Meletop pulak karang motor saya itew. Kalau meletopnya ala2 kentut Bob Marley, takpelah jugakkkan. Kalau meletopnya macamni?



Harusnya Primadona (mak) kat rumah tu yang meletop. Hihihih.

Okeh. Sambung cerita. Masa tengah buang minyak motor tu, saya usha2lah kan. Minyak hitam dah nak kering dah rupanya. Keluarnya pun ala2 orang kencing tak lawas gitew kann..

SIAP BOS!, kata apek itew.

Pas bayar2 lebih kurang. Saya pun ape lagi. Baliklah kan. Dengan penuh tawaddoknya. Saya undurkanlah motor saya dan tiba-tiba..

BUMM! 

Saya terlanggar motor uolss. Tumbang habis 3 bijik motor kat belakang saya itew. Adoh. Malu nak mati rasanya. Rasa nak  menyorok aje dalam tangki minyak. Takpun rasa nak tutup je kepala ngan sependar cam superman tu kan. Tapi superman boh kat 'situ' kan. Saya letaklah kat kepalakaann. Gitew..

I terkejut gila..

Dan yang sakit hatinya tu.. Ade babi budak mana entah.

ANGKATLAH MOTOR TU. BUAT MUKA TAK BERSALAH PULAK!, kata babi itew..

Ihh! Geram geram!!

Then saya angkatlah motor2 tu walaupun rasa malu macam cipan kaann. Lepas dah settle semua masalah itew, saya pun startlah motor. Nak pergi dah dan tiba-tiba lagi. 

BUMM!

Babi budak itu pulak yang terlanggar motor. Sampai berderet macam domino dah aku tengok. Hahahah. Padan muka. Dan sebelum pergi.. Haruslah saya memberi kata2 hikmah kann..


ANGKATLAH MOTOR TU. BUAT MUKA TAK BERSALAH PULAK!

Gitew.. Then apalagi...


CABOTTLAAHH!!

*Kalau aku jumpa budak tu sure aku kene belasah punya. Hihihih.

05 April 2010

Tu lah, beriye sangat nak masuk Taekwondo kan. Bila dah masuk nak menyesal pulak ye.



Yuhuu .


Saya tak sekolah hari ni. Latihan taekwondo haritu punya pasallah uollss. Dideranya kami dengan kejamnya. Sampai nak angkat kepala pun dah tak larat ni. Mentang2lah sabtu ni ade tournament kan. 


Bayangkanlah kena push up enamploh kali. ( TAK HENTI2 ye adik2 )


Sit up patploh kali.


Entah apekebendenye entah orang panggil menatang ni tapi kena buat sepuloh minit tak henti2 uollss.


Ye kalau rasa nak tercabut kelangkang tu try lah buat uollss..

Kena menendang orang doploh minit tak henti2.

Ha. Camtulah peritnye belajar2 Taekwondo ni. Tapi pe nak buat. Minat punya pasalkan. Tapi papepun...


PINGAT EMAS MENANTIKU. Ha3. *Gelak setan sambil feeling2 jadik mamat korea kat atas ni.