28 March 2010

Malu gila



Salam semua. Sorilah dah lama tak hapdate blog. Dah bersawang dah pun. Kan? Kan? Almaklumlah undangan menyanyi banyak kan.  Siang menyanyi, malam menyanyi. Dah nak tercabut dah anak tekak ni haa. 


Oooo suriram ram ram.

Tadi pergi kedai jap. Beli minyak masak mak suruh kan. Sesaje je mentang-mentanglah anak kesayangan dia ni online je memanjang. Tak pasal2 jadik hamba suruhan pergi kedai.

Pastu bila sampai tengah jalan. Terpandang meter minyak. Adoi. Nak terjojol biji mata tengok minyak dah kering. Grrrr!! Dah menyumpah2 dah saya. Sapelah yang bongok sangat tak reti2 nak isi minyak balik. Huhh. Adik le ni.

Sape berani guna motor ni? Hahaha!!

Then singgahlah BHP jap. Isi minyak le jawabnya. Karang tak isi kang, tak memasal jadik model motor tepi jalan pulak kan. Gitu..

Tengah2 isi minyak tu, entah pekejadahnye entah. Tiba2 la pulak terberangan kan. Alma`alomlah banyak masalah. Dengan pengetua gila tu lagi. Ishh. Dah mulalah nak mengumpat tu. Hihihi...

AAAAAAAAA!

Terkejut saya aihh. Tiba-tiba pulak nyonya tu jerit siang2 buta. Abis keluar melatah saya ni haa. 

Tengok-tengok..

Minyak motor saya tumpah. Adoi. Padanlah dia menjerit. Hishh. Malu gila uoolllsss! Semua mata pandang je budak jambu ni kan. Then... Lepas lap2 semua minyak kat atas motor. Buat2 pose ala2 mamat korea, pakai topi keledar then apalagi...




CABOOOOOTTTTTTT!!!!

23 March 2010

The Ending of Doraemon. ( Part Two )



Part One , HERE . Read Part One first, then barulah baca Part Two . Ada faham ?














Sobsobs ! :(


15 March 2010

The Ending Of Doraemon.

Sobsobs! :(


Eh kenapa menangis ni? Hahaha.


Sape tak kenal Doraemon? Kucing robot bulat comel yang penuh dengan alat yang mengarut2 ahaha. Cakap pasal Doraemon teringat dulu2 ketika saya masih comel, papepun yang dibuat mesti mengharapkan Doraemon. Terutamanya bila exam dapat result teruk kan. Rasa nak panggil je Doraemon bawak keluar Pintu Ke Mana Saja dia tu, bawak saya lari ke Gunung Fuji hahaha. Almaklumlah mak saya waktu tu garang kan. Kalah Aldolf Hitler. Kiranya kalau Hitler tu kena pelengkung mak saya sure demam berminggu-minggu. Tak jadilah Perang Dunia Kedua. Surelah aman dunia ini hingga sekarang. Eceh. Tumpang lalu ye mak. Haha. Love u. ♥♥


Semua pernah baca perjalanan hidupnya dengan Nobita. Tapi pernahkah anda baca endingnya? Kalau belum, meh baca. Siapkan tisu sebab endingnya sangat mengharukan, okeh. :P Bahasa Inggerisla ye. Jangan nak komplen2.











Part two, HERE .

12 March 2010

Cuti yang tak berapa nak cuti



Yo yo! Wassup wassup! Eh silap. Assalamualaikum sepatutnya. xP


Haa. Cuti kembali lagi! Bolehla relax puas2 yop. Yelah kan lepas examlah kan. Berbirat kepala otak terutamanya yang first time jawap soalan ADDMATH. Brrr! Mengerikan betul. =_=*


Cuti2 ni. Amatlah best kalau kita ber`vacation` di...


Pulau Pangkor

Pulau Sipadan

Bukit Bendera

Genting Highland

Cameron Highland

ATAUPUN

Di puncak Gunung Tahan?

Best gila pastinya. Tapi apakan daya. Kelas tambahan berderet-deret dari sabtu sampai ke jumaat. *Pengetua dah gila kot? Huhh. Vacation di alam mimpi ajelaaa jawabnya. Sobsobs. T_T


p/s : Kalau pengetua baca mampos saya haha! :P

07 March 2010

Nak kata orang bodoh pun...



Twit twit! Haha. Gila bapak lama gila woi tak update blog. Sampai adalah sorang tu dah tak larat tunggu dah blog ni diupdate. Haha. Sorilah brader. Takde idea okeh. Dengan keyboard ni pun dah bermasalah. Nak menaip pun takda mood huh. (=_=)



Hari jumaat ritu dapat result bio. Ujian pengukuhan laa. Bukan ujian rasmi. Adoi sedih gila woi. Keputusan sangat kurang memberangsangkan okeh. Tu lah malas baca lagi. Bila dapat result baru nak menyesal. Haiyaa. =_=

Pastu sesi membandingkan markah dengan kawan2 pun bemula. ( Part yang paling saya benci. ) Dan yang saya paling paling saket hati...

Kes 1
Tuuttt 1 : Ko dapat berapa?
Saya : Aku dapat 21. Waaa! Padan muka aku. (=_= ") Ko pulak?
Tuuttt 1 : Haha! Aku pandai lagi dari ko. Aku dapat 27. 
Saya : *Diam jela ape nak dikato?

Kes 2
Tuutt 2 : Ko dapat berapa am ?
Saya : 21. *Buat2 muka selamber tapi dalam hatiii...
Tuutt 2 : Haha! ***** tu pun lagi pandai dari ko, am.
Saya : ............................

Begitulah fenomenanya kalao kita duduk di kelas 'depan' ni. Jangan ingat yang kelas 'belakang' tu je bermasalah. Kelas depan ni pun.. Ya allah. Tak tau nak cakap ape.

Saya tak marah tapi takutla pulak kalau yang dikata tu jadi balik kat diri sendiri.

Cuma satu jelah nak cakap...

Jangan sampai Allah balas balik apa yang awak kata tu. Ingat, Allah Maha Adil ye adik2..

Ish. Pening sungguh! (=_=)