19 February 2010

Tak payah cakaplah yang kita ni pecinta/peminat kucing kalau..



Pencinta kucing nombor 1 : Eh ko suka kucing tak?


Peminat kucing nombor 2 : Haah of course. Aku minat gila tao dengan kucing.. Kucing comel! *Sambil buat2 muka ala2 baby (comellah maksudnya)* Rumah aku ada 2-3 kucing tao..


Apekene mengena chicks dengan entry ni entahlah

Ya. Hari ini kita berbicara mengenai makhluk Tuhan yang cantik lagi indah, yang bernama KUCING.

Sejak zaman purba lagi rata2nya meminati kucing. Tak kiralah samaada dia itu tua atau muda. Cantik atau tidak. Kaya atau miskin. Hampir semuanya membela atau pernah membela kucing. Boleh dikatakan sejarah kucing amatlah panjang. Hinggakan Cleopatra sendiri mengakui kucing adalah haiwan suci. Hinggakan kalau seandainya kita bunuh atau terbunuh binatang kucing ini, maka kita boleh akan dikenakan hukuman mati!

Mumia kucing

Alasan2 kenapa kucing diminati :

Peminat kucing nombor 1 : Kucing comeell sangat. *Buat muka baby lagi*

Peminat kucing nombor 2 : Saya suka belai bulu dia.

Peminat kucing nombor 3 : Kucing tempat saya `luah`kan perasaan. 

Peminat kucing nombor 4 : Kucing ni macam anak saya. Bila saya rindukan anak saya, saya main2 la dengan kucing.

Peminat kucing nombor 5 : Kucing tempat saya bermanja..

Dan banyak lagi...


Tetapi kita tak sedar bahawa perasaan sayang itu hanyalah untuk yang `cantik` sahaja. Jika kita diberi kucing yang seperti ini?


Seperti ini?



Atau ini?



Adakah mahu kita membela, membelai dan menjadikannya sebagai tempat untuk me`luah`kan perasaan? Atau mungkin kita akan menjerit, EEII GELI! Mungkin kita akan membiarkannya kelaparan mencari makanan. Dan yang lebih ekstrem ada yang menendangnya tanpa belas kasihan.


Tolonglah. Jangan kita perasan yang kita ini peminat/pecinta kucing jika memandang kucing2 yang kurap@tidak cantik itu pun kita jijik.

7 commentos:

babyblogger said...

sedih aku tengok kucing2 ni..

MySuaraHati said...

kesian tgk kucing2 yg x bertuan nii..
huhu..

nurthurayya said...

sye suke kucing sye sje..bley?hehe

Lia3003 said...

n3 ini betol2 buat saya insaf..hm, kita terlepas pandang dekat yang tak comel itu

amie said...

alhamdulillah dakni bukan org mcm tu..
nmpk kucen mntk makan kat tepi jalan ke ape turon moto masok kedai belikan makanan untuk die..
eben time tu dalam dompet juz ade rm2 aja..
kawan pon kekadang sampai marah coz buat macam tu kat kucen kurap n kucen tepi jalan.
tapi tu bukan sebab untuk kite ketepikan dorang..
time bagi juz cakap kat dorang doakan hidop dakni bahagie..
kekadang bace bismillah untuk kucen tu makan..
kekekke
kucen umah ni pon banyak yang kutep aja..
thnks untuk entri yang menarik nih..

BellaBella said...

betol sgtt .
kucing hodoh kte buang
kucing cantek nk aje ..

bkn pncinta kucing nme nye tu.

Jimmy Najib said...

aku mmg suka kucing..kurap ke..sihat ke no hal. aku paling sedih tgk kucing kena langgar. sapa langgar kucing, boleh pergi mampos