07 February 2010

Orang Kelantan Jahat .




Dari dulu lagi saya dengar. Jangan rapat dengan orang Kelantan. Orang Kelantan jahat. Mulut macam puaka. Depan kita baik, tapi belakang kita... Ya rabbi! Haha. :P


Dulu memang saya percaya. Tapi bila dah lama hidup, baru saya sedar.. Alah tak payah cakap orang Kelantanlah woi! Orang2 negeri lain pun sama jugak. Saya pernah jumpa dengan orang Perak, Kedah, Perlis, Wilayah,  Johor yang macam puaka. Sama jugak. Mana negeri yang tak ada budak2 puaka? Ha cakap. Mana negeri yang bersih dari jenayah? Teringin jugak nak tinggal kat sana. Aman je hidup ha ha.


Banyak jugak yang saya dengar. Kalau nak kahwin jangan cari orang kelantan. Tapi kahwin dari mana2 negeri pun. Bercerai berai juga saya tengok. Ada yang jual anak sendiri. Bunuh anak sendiri. Rogol anak sendiri. Dari negeri mana? Seluruh negara!


Tak payah cakaplah orang sana jahat, orang sini jahat. Tengok balik dalam rumah sendiri. Entah2 anak sendiri yang jahat. Tak payah sibuk nak mengata anak orang lain. Ada paham?



20 commentos:

Mr. J pengeRindu said...

huhu.. tak semua kelatan jahat dan xsemua baik. awek kelantan cun. gebu.. perh...

hariz said...

ehem2..aku ni orang kelantan gk..mn2 tmpat pon same je..

PEJUANG KESENIAN EXTREME said...

mengikut pengalaman hidup hamba...Sememangnya setiap negeri mempunyai sikap yang tersendiri..Ini memang realiti..mungkin disebabkan pergaulan setempat..

ery said...

ahaks... kebaikan seseorang xleh nilai dari negeri asal dia.. nilai dari watak dia la... negeri mana2 pn klo dah perangai cam setan.. xguna gak...

Peri PiA said...

manusia same sahaja,yg membezakan manusia adalah manusia itu sendiri

Sendra said...

benda ni semua selalu punca dari bebrapa org je..ntah kenapa org prejudis sangat..sebab sorang buat taik,satu negeri dia di persalahkan..apa ni??

tu namanya pemikiran sempit..saya sangat tak setuju semua tu..

sebab tu kita,pergi mana2 bawak nama negeri kita juga..

pendapatasi saya..jangan sesekali menyalahkan apa2 kesalahan org atas nama negeri dia..dan juga mak ayah dia..sebab saya pasti,semua parents dah ajar anak dia apa yang terbaik..cuma anak tu sendiri yang langsi sgt..

jaga nama baik negeri masing2..

anak jati johor,
sendra.

FNSyareena said...

Haha! Saya sokong!

Err, saya bukan orang kelantan. Orang KL je. weee :)

Hami Asraff said...

Salam. Setuju dengan saudara. Tak payah melabel siapa-siapa. Yang palin penting cermin diri sendiri dulu. Bukan racism yang perlu dibahaskan. Tapi sikap dan tingkah laku seseorang itu sendiri. By da way aku orang Kedah. (",)

Hurul Ummi said...

salam cik kak.(?)

hehe.betul3.

cuma kenapa kelantan dijadikan isu besar bila berlaku kepincangan2?

sebab kelantan terkenal negeri SERAMBI MEKAH..pencetak cendekiaawan agama ramai kat sana.sbb tuh bila sorang buat hal dunia akan lebih menumpu dan menjadikan bahan berita padahal mcm yg dikata semua negeri pon mulut puaka.hehe.

kedua, status persaudaraan sesama rakyat kelantan terlalu utuh.so sikap perkabilahan mereka jelas nampak.bila keluar dari daerah memasing cam berlagak.jumpa geng senegeri habiss pulun org.hehe.ini tuduhan berasas yee.knp berlagak?sbb nama kelantan cukup hebat dimalaysia.SERAMBI MEKAH tuh fuh bkn calang2.hehe.

so masing2 salah..yg benar hanya agama Allah.kelantan kena bukak minda.org2 luar mcm kita pon kena bersikap terbuka dan baik sangka.sesama lah merai kannnn.ecehh.kenapa perlu ada perpuakkan padahal bumbung sama islam?cakap satu malaysia kan.

fine.emo.HAHAHA

http://ana-solehah6511.blogspot.com

saya nak kawin org kelantan!!yaii
xoxox.

kiLa oh LaLa said...

kelantan?
hemm.
my mom is from there..
hehhehe..

pak long said...

salam...
kawey ni lamo dok klate...kawey tak sera orey klate macey mana hok orey ghama ghoyak...
selagi nama manusia..semua ada kelebihan..wassalam

Aiza said...

ingatkan pe dah tadi.. tak baik laa kata gtu.. bkn smua org klate perangai gtu taw.. kdg2 sluruh negara pun teruk perangai dari kelantan punya.. err, tul ke aku ckp neh?? aku trasa laa entri neh sbb aku org kelantan jugak :)

pB said...

Salam

Negeri tidak salah.

.YB. .DatO. .PanglimA. .DabiR. .RemajA. said...

hey!
jgn kate negeri2 tu saje
bukan dari sudut negeri amik kira mulut puaka

sahsiah diri mereka, perangai mereka,
itulah yg menyebabkan bentuk peribadi kita...

kalo skrg kite baik, Insya-Allah, mulut xkan puaka punya,
kalo skrg kite jahat, pikir2kan lah

tricksrex said...

sangat setuju.

zures said...

Aku orang kelantan dan aku tak malu mengaku yang aku anak kelantan. Ditempat kerja aku pn ramai orang kelantan takdelah pulak sifat berpuak-puak. Cuma mungkin mereka dilabel sebegitu dek kerana pelat yg sukar utk diubah. So bila dah jumpa sesama org kelantan maka keluarlah loghat daerah. Yang ni menjadikan kekadang org luar menganggap mereka kenegerian walhal dlm hati kami tak ada pun perasaan sebegitu. kat offis aku tu semua orang kelantan kawin dgn org luar...termasuklah diriku..huhuhu

Mr. J pengeRindu said...

orang sarawak mari.

nurbayamahadzir said...

saya sokong.

semua negeri da orang jahat.

nurbayamahadzir said...

saya sokong.

semua negeri da orang jahat.

syue said...

baik ke buruk ke, bukan depends kt sesebuah negeri kn? mentaliti kite ni low sgt laa, suke ckp yg ntah pape. btw, org kelantan bnyk hensem tauu, i lykeeeee ;)