31 January 2010

I Hate Sejarah Because Its Useless!



Muka buku ( Facebook ) memang best. Lagi pulak dengan game2 tu semua kan. Dekat muka buku kita boleh cari kawan2 lama , main kuiz2, berkebun ( Farmville ), tilik nasib ( Orang Islam jangan gatal nak join ), buat bisnes...  Dan macam2 lagilah haih. Thats why la populariti Facebook mencanak2 sekarang. Sampai orang ( bukan saya ) kata , kalau takde Facebook tu memang ketinggalan zaman jugakla..

Okeh. Dekat Facebook yang bestnya juga kita boleh melepaskan amarah/meluat/benci kita. Orang kata ( Bukan saya lagi. ) lepaskan tekanaann. Cehh! :P Lagi2 pula kalau ade orang sokong. Then dia pun bagi2 komen yang membinalah katakan. Lagilah best. Kalau jenis ade yang anti seseorang artis tu. Ha dah mula dahlah buat group macam I Hate F**** S***** tu kan hahaha! :P

Tengok sajalah peminatnya.

Seperti yang dikatakan, yelah Facebook kan tempat melepaskan semua tekaanaann. :P Ha mungkin adik2 ( Perasan besar dah owner blog ni. ) ni stress agaknyaaa.. Yelah kan nak kena mengadap muka cikgu Sejarah aje kan. Lagipun Sejarah kan untuk orang2 yang da matiii..

 Alahai kesiannya kau Sejarah.

Mengikut angka ahli kumpulan tu. Memang sudah terbuktilah ramai orang tak suka Sejarah ni. Tapi...


Macam mana group yang benci Sejarah dah jadi group perkauman? Pelik pula rasanya ya. 1 Malaysia? Rasanya dah tak relevan kott. 

Tertarik pula dengan komen amoi ni...


Kadang-kadang terfikir. Macam mana Malaysia akan datang? Kalau jasa2 nenek moyang kita pun dicampak ke lubang tandas?

26 January 2010

Tolong Saya.



Orang ( saya ) cakap penantian memang menyakitkan. Lagi pula kalau penantian itu adalah penantian untuk sebuah kemaafan dari orang yang kita sayang. Mampukah kita kalau asyik berhadapan dengannya setiap hari, tetapi melihat mukanya yang mencuka apabila berhadapan dengan kita? Sangat menyakitkan tahu!





Apa yang perlu dibuat untuk berbaik semula dengan ( bekas ) kawan rapat  yang banyak mengumpat kita senyap2, mengharapkan kita mati cepat dan selalu menganiaya kita?


25 January 2010

Ada apa dengan I Hate Fasha Sandha? (Facebook)


Amboi3x. (Gaya Azwan Ali) Gugur bulu mata Dato` tengok pic kau ni Fasha! :P


 Siapalah yang tak kenal dengan pelakon penuh kontroversi ni kan. Macam2. Kontroversi ditaja `Datuk`, tak jadi kahwin dengan ekuin negara, gaduh dengan Nora Danish dan macam2 lagilah ceritanya yang pastinya panas bak goreng pisang. Opps! :P Terbaru ialah pasal ada orang yang benci dia sampai buat group lagi tu kat Facebook. 4000 orang oii ahlinya. Jangan main2 haha!


Beritanya disini.


Lepas tu teringin la pulak jari ni nak menggatal tengok group tu. Betul ke ada? Tengok2 dah didelete. Dan nampaknya group ini sudah ditubuhkan semula. Ahlinya baru 775 orang. Wau! Dalam beberapa jam sahaja sudah meningkat sehingga ke angka 775. Balik sekolah je tadi baru je 600 lebih. Wau sekali lagi. Haha! :P Tak percaya  tengok lagi beberapa jam. Mesti angkanya bertambah dan terus bertambah. :P





Click untuk tumbesaran.


Okey cukup dengan itu, marilah pula kita menerjah segmen komen mengomen. :P











Sekurang-kurangnya saya tahu masih ramai yang mahu tahu mengenai saya,” kata Fasha Sandha ketika mengulas tindakan pihak tertentu mengumpul pengguna akaun, ‘I Hate Fasha Sandha’ di laman sosial Facebook. - sumber dari Metro Ahad.


p/s : Ini entry bukan untuk menghentam Fasha ek. Hanya untuk bercerita pasal group tu je. Harap maklum!


22 January 2010

Aduhai Nuffnang



Online je tadi terus buka blog. Terkesima kejap bila tengok kat sidebar.





Adoii. Saya lelakilah!


p/s : Nanti orang kata saya jual p** pulak! =_="


18 January 2010

Oii Pening Woiii .



ADDITIONAL MATHEMATICS !!!


Tak lama lagi saya akan jadi....





Hohh !


17 January 2010

Antara Taekwondo, PBSM dan Blablabla.



Hahhaha! Entah ape saya mengarut ya? :D


Mmm minggu ini saya dan budak 4 Kedoktoran yang lain dah mula dah didedahkan dengan experiment yang rumit2. :P. Kimia, Biologi. Yang takboleh lupa kena cungkil kulit pipi tuNak tengok cell lah katakan ya. Mula2 niat nak sedekahkanlah cell pipi ni sikit kan kat group yang buat experiment sekali tu kan, tapi memandangkan susah sangat nak mencungkil hatta secebis pun. Terpaksalah saya batalkan niat suci saya tu. Haha! Jadi first timelah saya guna microscope tu ha. Ishh. :D





Kalao perasan kebelakangan ni saya dah jarang dah nak update blog. Apetah lagi nak buat blogberjalan pesume tu kan. Sekarang ni pandang komputer pun dah macam tak kisah dah. Takde nafsu nak online dah *OMG! Azham ke ni. Haha. Dulu masa cuti2 dulu, bangun tidor je terus check email, facebook, blog ape semua tu. Sekarang bangun je terus tarik selimut balik. Nak tidor puas2 sebab waktu sekolah kan kena bangun awal haha. :D Almaklumlah bakal calon SPM lah kan. Tak boleh la nak berpoya-poya lagi dah. Cehh. *Tak habis2 dengan SPM dia tu. :P



Oh PBSM. Sobsobs.


Secara rasminya saya mengisytiharkan persaraan saya dari dunia PBSM. :P 


Sekian lamanya saya berkecimpung dalam dunia PBSM -dari sekolah rendah lagi-. Akhirnya, saya buat keputusan untuk keluar. Dan join kelab Taekwondo. Dush ! Dush ! Haha. Act, lama dah saya teringin nak masuk tapi hanya sekadar teringin ajelah. Nak join tu maleh. :P Last2  tercapai jugak keinginan saya  hari ni. First training pukul 10.30 pagi tadi. Terpaksalah belajar asas2 Taekwondo dari budak2 kecik. Kata2 nakal dalam hati, "Biar betul budak sekolah rendah yang ajar." Tengok2 diorang dah tali pinggang merah. Takut pulak rasanya. Oh. Shame me, shame me! Haha. :P






Err pada cikgu PBSM tu janganlah marah ya. Ha ha. Anak murid tumpang laluuu. :P *Habislah kao lepas ni aammm.


Yang comment entry yang lepas tu sorrylah ya. Tak ade masa+plus ketiadaan mood nak balas. Jadi saya bagi kredit lah ya. Ya? Ya? Ni dia. Miera. Amyrule. Ibuhani. IbuRafiq. Kak Rosma. akufobia. Ha ape lagi. Click jangan tak click. Sape tak click siap! Haha. :P


Okeh seperti biasa saya tak tahu apa saya mengarut ni. Badan pun sudah penat. Yelah budak Taekwondo kan. Ecececehh. :P


Okey okeh. Chow chin choi! Eh silap, chin chau. Hahaha. *Marah Puan Choi karang. :P


p/s : Pening kepala laa dengan Add Math. Ishh.
p/s/s : Link kakak kawan saya. -Kak Pia-. Ha marilah kita sama2 menerjah. Hihi. :P



08 January 2010

Form Four Yang Membebankan.



Lama sungguh budak  perasan ni tak update blog ya! Hahaha. Entry bawah ni sudah dipadam kalao ada sesape yang perasan. Malas saya nak cemarkan blog saya yang `suci` ni dengan entry `busuk` camtu. Menyemak aje kan. Saya ni bukanlah macam orang tu. So, nak buat ape saya gaduh2 gi hentam orang kan. Betul tak? *Ada sesape terasa?


Okey sudah! Stop Azham. Kao ni kalao menghentam orang number satu. Hahhahaa! :D



Motif gambar diatas ?


2010. Maknanya tahun ni saya sudah memasuki alam Form Four lah. Kalao tahun ni Form Four. Tahun depan SPM lah. Waduh. Ngeri tu bukk. Hahhahaa. Mmm pastu masuk U. Pastu kerja. Pastu kahwin. :D Pastu jangan haraplah saya nak berangan yang saya ni budak-budak lagi huhh.


Macam biasalah kan Form Four mestilah kena lalui minggu orientasi yang `best` tu kan. Hihi. :D Maka, dengan desakan kawan2 dan kepala otak saya sendiri. Terpaksalah saya bulatkan pakej Aliran Sains Tulen tu. Ha amek kao. Berasaplah kepala saya tahun ni huhh. *Kimia, Biologi, Fizik? :(









Tahun ni bak kata ibuhani tak boleh lah nak honeymoon2 lagi dahh. Study! Study! Entahlah saya ni kan. Mula2 tu memang la rajin. Pastu... Jangan harap laaaa. Hihihi. Pastu bila SPM kelam kabut. Mulalah ada yang nyanyuk waktu muda-muda.


Dah tak macam PMR dah. Tahun ni main esei je. Jadi mulai sekarang penulisan saya di blog ni akan dipengaruhi oleh ayat2 SPM. Ececeh. :D


Okeyh. Sekian kemerapuan saya hari ni. Sesiapa yang tak faham ape yang saya meraban ni maaflah ya. Beselah bakal calon SPM lah kan. Cehh. :P 

01 January 2010

Tahun Baru Gitu.


Meh kita ucap selamat datang kat encik 2010 meh. :D


Ya tahun baru tiba lagi. Masih terngiang-ngiang lagi dentuman bunga api di Dataran Merdeka tahun lepas. Masih terbayang-bayang lagi para pemuda-pemudi harapan bangsa yang `menyambut` tahun baru hingga ke lewat pagi. Masih kedengaran lagi bunyi2 motor yang memekak di tengah2 Kuala Lumpur. Eyh camne entah saya boleh dengar. Saya tinggal kat Sungkai, Perak. Haha. :)





Ha umur pun bertambahlah setakuk lagi. Yang lelaki menjadi-jadilah gatalnya. Yang perempuan tu, menjadi-jadilah gediknya kott. Hahaha. :P Jangan marah. Saya cakap untuk yang sesetengah aje. Yang baca blog ni tak. Anda baeeekk. Kah2. :) *Ayat mengipas* 



Ha yang rancang nak `bina masjid` tahun ni tu. Tahniah saya ucapkan. Moga bahagia ke anak cucu lah ya. :) Yang belum lagi tu. Cepat-cepatkanlah. Bukan ape. Kalao lelaki yang sebaya macam Yusuf Haslam tu. Takpe la jugak kan. Laku lagi. Tapi kalau perempuan tu. Aisey. Hihi. *Err anak cucu tumpang laluu. :)





Tahun baru ni mulalah gatal nak wujud perasaan  tanam azam baru walaupun ada azam tahun lepas masih berapa belum nak tercapai lagi kan. Terutamanya orang tu lah kan. Azamnya tahun lepas nak berisilah konon. Tengok2 lagi kurus adalah. *Uhuk terasa kejap cik abang yang tengah menaip ni ha. Sob Sob. :( 


Tahun ini jua merakam segala kenangan yang berkekalan dalam memori kita. Suka duka, pahit manis. Kalau tahun lepasnya kita dapat bergurau senda, bertepuk tampar, bergelak ketawa dengan `seseorang`, tahun ni mungkin tidak lagi. Mungkin `seseorang` itu telah mengadap Yang Maha Esa terlebih dahulu meninggalkan kita. Kenangan bersama dia yang takdapat dijual beli. :(


Tapi apa yang penting? KERJASAMA. :) Ha dia dah mula dah. Dah mula dahh. Haha. :P Yang penting ofcourselah kehidupan kita yang mendatang ni. Tak gitu?





Hargailah setiap detik didalam waktu yang ada kerana ianya hanya dapat dirasai  sekali sahaja seumur hidup. :)


Orang cakap tahun ni ada ong. Tahun lepas tak ade ong. Entah la tengok sama aje. Haha. Ha tahun ni tu sape yang form four tu jangan nak honeymoon saja ya. Kang menyesal tak sudah. Terutamanya kat budak yang tengah menaip ni kan. Hehe. Tak kisahlah. Sesape pun. Semoga tahun ni lebih baik dari tahun lepas. :)


Okey sekian saya merasmikan entry saya yang pertama untuk tahun 2010. Hihi. ;D


p/s : Tahun Baru! Semangat Baru!