22 December 2010

Countdown To New Year





Serabut !


Entahlah dua tiga hari ni rasa serabut sangat. Memang `bad luck` betul tahun ni sampai hujung-hujung tahun pun masalah datang bertimbun-timbun. Lagi satu minggu je lagi kan nak new year. So, syuhh 2010. Gi jauh-jauh HAHA.


Minggu depan baru dapat `cuti`. Yelah kann cuti-cuti sekolah ni kena la kerja. Nak cari duit beli handphone baru la katakan. Dahlah handphone haritu masuk sup.  Kali ni kalau masuk sup lagi, saya beli handphone yang RM60 tu jelah. So, minggu depan minggu last cuti kann. So, kita enjoy. Kerja addmath kita buat kemudian HAHAA!




Apa-apa pun. Akhir-akhir tahun ni, harap semua masalah selesai. Takdelah saya nak serabut-serabut, pening-pening kepala lagi. So, takdelah saya nak keluar entry-entry serabut macam ni lagi kannnnnnn..



11 December 2010

Benda bodoh yang orang buat bila jatuh cinta



Benda ni selalu saya perhati tau.

Kita ni sebagai manusia biasa, memanglah dah lumrah alam kita ade perasaan cinta. Tak kira la dia tu lain jantina ke, sama jantina ke ( ops! ), muka dia berbirat empat belas ke, itu takde ini takde ke, miskin ke, kaya ke, kalau dah jatuh cinta tu jatuh cinta jugaklah. Jadi, normal laa kalau kita berusaha nak tackel hati si dia kann..

Tapi yang masalahnye, kalau nak tackel je mesti nak jadi HIPOKRIT. Asal orang yang dia suka tu suka warna tu, dia pun nak suka colour tu.  Asal orang tu suka artis tu, dia pun nak suka artis tu. Asal orang tu suka makan benda tu, dia pun nak makan benda tu. Haa kalau dia suka spendar warna merah, dia pun belilah spendar merah satu lori agaknya. Almaklumlah dah minat sangat kan.

Lepas tu bila terserempak ke ape, nak buat muka cover2 cun lah kononnya. Melenggang sana, melenggang sini. Dah macam model dah haa. Orang kata pijak semut pun tak mati. Tapi bila belakang orang yang dia minat tu, gelak pun dah macam langsuir. Ape kes?


Kau sanggup?


Tips nak tackel orang : Jadilah diri sendiri. Tak rugi pun. Orang nak tengok diri kau yang sebenarnya. Bukannya diri kau yang palsu !

24 November 2010

Halal ke ?



Benda ni selalu jadi kat saya tau.


Hari tu, balik dari kelas Taekwondo, motor saya rosak. Almaklumlah saya ni tergolong dari segi `pemaleh` nak servis-servis motor ni. Then bila motor buat hal, mulalah kelam kabut mencari bengkel kan. Then kawan2 ( Indians ) yang sama kelas Taekwondo dengan saya tu  pun temanlah saya pergi bengkel. Diorang pun baik dengan saya kat sekolah dengan Taekwondo`s class so diorang pun sudilah nak teman saya.


Tolonglah tolak, abang polis. Bolehlah jugak buang seketul dua lemak tu kan HAHA!

Lepas habis repair tu, kawan tu pun ajaklah saya pergi minum teh. Siap nak belanja saya lagi. Diorang memang baik dengan saya kan so diorang nak ajak saya pergi minum sekali, dengan diorang. Tapi masalahnye, kedai yang diorang ajak tu kedai makan cina. Saya tanya slow-slow kat diorang, 

"Mmm HALAL ke?". *HAHA skemanya soalan aku! 

Then diorang cakap, 

"Takpe kita minum je.. Kiteorang tau u tak boleh makan `benda` itu kan."

Then saya dah taktau nak buat ape dah HAHA. Lepas tu, hari pun nak hujan kan. Tak jadilah plan kiteorang yang nak `minum-minum` tu. Niat diorang memang baik nak belanja saya minum tapi saya was-waslah. Nak cakap takut diorang terasa kann..

Mmm boleh ke minum kat kedai non-muslim?



20 November 2010

Everything is come and go from our lives..



Lama betol saya tak membebel ye?


Abeh jugak sesi persekolahan tahun 2010. (walaupun secara rasminya saya dah cuti dari rabu haritu ). Ape kata kita imbas kenangan2 yang berlaku sepanjang 2010 yang orang putih kata, worst ni.

Januari
- Sesi orientasi form 4, seminggu. Adoi. Memang boring gila. Rasa nak mati boringnya haha. waktu nilah saatnye saya gi tick borang aliran sains. Lepas tu, azab hidup.


- Hari first belajar subjek2 sains, memang berbiratla kepala otak. Dahlah matapelajaran `bahasa` pun dua tiga kertas. Matapelajaran sains sampai tiga kertas ! Saat tu barulah tau betapa susahnye hidup. Amboi feelingnya ayat kao HAHA .


Februari
- Bulan ni memang banyak di`spend`kan kat latihan kawad untuk Hari Sukan Sekolah . Gila banganglah kiteorang berlatih. Waktu bertanding memang feeling abehla. Semangat gilala kiteorang. Budak2 lain pun kata, `kompem PBSM menang punye`. Tapi tengok2, Puteri Islam yang menang. Adoi geram gila. Sampai akhir tahunla diorang eksyen ngan kiteorang HUHH. Mentang2la menang . Takpela. Tahun depan siapla korangg HAHA.


Inilah barisan yang dikagumi itu. (Cewahh berani mati punya statement)

Mac
- Lepas sukan, tibalah masa dimana kepala otak mula digunakan kembali. Waktu tu mulalah nak kelam kabut belajar semua balik. Almaklumlah nak periksa kan. 


- Lepas periksa dapat result yang terok gilaaaaaa. Ha panjang gila kao. Memang gila teruklah. Lepas tu mulalah ada desas-desus yang nak tukar aliran pelajar yang terok gila tu. ( Termasuk saya ). Lepas tu oleh disebabkan ramai yang memberontak, tak jadi. lepas tu barulah saya berazam kononnya saya takmao main2la lepas peristiwa tu. Tapi main2 jugak HAHA.

April
- Tak ingatla pulak hehe.

Mei
- Ujian pertengahan tahun. Adoi ni pun sama teruknya. Terutamanya addmathlah HAHA. 

Jun
Diva Dunia dan Diva Universe (konon..). Haha.


 `Mak` kami .

Hasilnya.

- Ha yang kat atas tu merupakan hasil dari tangan kreatif kami, Geng Seni Kreatif SMK Sungkai.

Julai
- Takde ape pun, kita skip jelah ye. (Pemaleh HAHA)

Ogos
- Ujian rasmi II. Seperti biasalah teruknya. Tapi ok sikitla dari sebelumnya. Lepas dapat result yang `cukup-cukup makan` tu, terus kiteorang belajar tuisyen. Haha. Tu la awal2 tahun haritu takmao masuk. Bila dah dapat result teruk, terhegeh2 nak masuk huhh.

September
- Bulan Puasa dan jugak Bulan Raya.





- Beraye kat rumah cikgu BM.

Oktober
- Takde ada apa pun..

November
- Bulan semua orang serius gilalah. (Kecuali saya). Almaklumlah Peperiksaan Akhir Tahun kan. Tapi result kira ok lah untuk keseluruhan. Mmm adelah dapat A dua ketul. Tahun depan matilah saya nak skor lagi 7 ketul huhh.










- Jamuan akhir tahun, 4 KD`s Glam Party.

Tahun ni memang teruk bagi saya. Tapi ape apepun. Saya takkan lupa semua memori2 saya dengan diorang. :)

P/s : Gambar dicilok dari Cikgu Razmarina dan Fuad

04 November 2010

My blog is changed but I`m not !




Ha siap pun!  Sakit kepala otak saya mengedit blog ni HAHA. Dari biru terus ke coklat. Ala2 nature gitu kan. Tapi kat yang header tu tersilap colourlah. Supposed to be same colour with entry background but ok laa. Nanti saya buat balik. Tapi tak taulah bila.. Tahun depan agaknya HAHA .


Url pun saya ubah. Dari akudakgila.blogspot.com, sampailah ke bukanyangbukanbukan.blogspot.com. Masa mula-mula nak tukar tu, berapa ratus kali jugaklah saya fikir. Almaklumlah akibatnye banyak kalau kita tukar-tukar url ni. Tapi sekarang, treng tengg tennggg... Bertukar jugak akhirnya. Nama akudakgila tu biarlah kekal sebagai kenangan. Sobsobs ! :(


Mmm. Happy Deepavali to all Indians in Malaysia. I want maruku. Also, ladu. Give me anything. I want my 20 KG back!


Fallait pas commencer m'attirer me toucher



28 October 2010

Merdeka sangat ke ?


Mari ramai2 kita sebut : Hurraayyyy !

Almaklomlah exam dah abeh kan. Meronggeng ajelah kejenye..

Berdengung kepala otak. Dengan bio, fizik, kimia.. Add math toksah cakaplah. Komfem K.O punyelahh HAHAHA. 

Mmm. Merdeka pun merdeka jugakk. Tapi yang tak merdekanye pasal dia ni. Huhh. Entahlah. Rasa makin perasan pulakk haha. Tapi apa nak buatkan. Orang tua-tua kata `bertepuk sebelah tangan` , je kann.. Adui.. Hmm.. 

Lantaklah. 

p/s : Ade tak cara nak lupakan seseorang ?

02 October 2010

Tanda2 kita jatuh cinta...


  • Kita akan selalu mimpikan dia..

  • Mesti nak dengar suara dia.. Kalau tak dengar tak senang duduk...

  • Makan teringat dia, mandi teringat dia, nak tidor pun teringat diaa..

  • Tiap2 hari mesti nak tengok muka dia..

  • Kita mesti perasan yang dia curi2 tengok kita walaupun itew hanyalah perasan aje kan..

Ape pandang2. I taulah u minat I kann..

  • Bukak je facebook, profile dia yang kita bukak dulu...

  • Kalau tengok de orang yang rapat2 ngan dia, tak senang duduk. Almaklumlah JEALOUS la katakann..

  • Kalau dia marah sikit, mulalah nak emo2. Layan lagu sedih2. Kononnye kita lukakan hati dia.. Puiihh .

Sedih iteww CUTE !

  • Cuti2 hujung minggu, monyok je kat rumah sebab tak dapat jumpa dia kat sekolah lah kan.

  • Kita tau semua sedare mara dia, akak abang , mak ayah dia, segala sepupu sepapat.. Moyang dia pun kita tau!

  • Kita mesti cuba tarik perhatian dia. Walaupun boleh dikatakan mustahil kaann..

*Masalahnye sekarang, semua tanda tu ada kat saya !



ARRRGHHH ! 





19 September 2010

Probleemmlah .

Lets we bertindik untuk menyelesaikan problem itu..


Dari semalam sampai hari ni..,, TAK senang duduk je. Taktaulah kenape..


Makan pun terasa tawar, minum.. lagilah.. Berape tong gula yang mak  bubuh dalam air pun tak terasa manisnye. Semuanya rasa tawar, pahit, masamm.. Sakit tekak I taww...


Bangun tidur aje rasa maleh sangat nak bangun. Badan ni haa. Mengada2. Bila nak bangun mulalah sakit2 badan.


Waktu mandi pulak, teringin je nak berkubang lama2. Biar demam HAHAHA!! Bila demam best tau. Barulah mak layan lebih siket. Bukan senang nak jadik `raja` kann..


Mata pun cam kaburr je. Nak kata rabun, memang ye saya rabun tapi saya pakai contact lens. Tapi pakai lens pon saya rasa `blur` jugakk. Bila nampak homework yang bertimbun2, taknampak terus. Hehehe mengade-ngade.


Cantik tak contact lens I. Tergoda tak?


Masa pun cepat je berlalu. Macam main2 dengan saya pulak. Dulu lagi 2 minggu, pastu seminggu,,




Pastu tinggal berape jam je lagi nak sekolah.  DAHLAH HOMEWORK BANYAK TAK SIAP!



15 September 2010

No tittle !



Dia datang ! Dengan lenggang lenggoknyaaa.. 

Err assalamualaikum. Duit raya banyak kerr.. Saya takdelah dapat banyak sangat. Almaklumlah dah `tua2` ni kan. Tapi kalau nak bagi pun ape salahnyee hihihii..


Bila dok sorang2kan. Teringat je yang lagi setahun je nak tinggalkan sekolah menengah. Yelah memangla kira `lama` lagi kan, tapi entahlah.. rasa PELIK.


Imaginelah, dari form one sampai ke form five ( tunjuk 5 jari besar2 ), tiba2 bila hari last kang, berpisah. Adui. Memang tak boleh dibayangkan. Gelaran2 terhormat Diva Dilupai, Opah Kuat, Kambing, Itik, 4 Perut yang saya bagi kat kat kawan2 tu mesti teringat aje kann....


Kekadang rasa nak jadi umur 16 je sampai bebila. Takde berpisah2 lagi dah..



08 September 2010

Raya Oi !


Kueh rayanya berbakul-bakul


Baju rayanya berpasang-pasang


Pelitanya berlip-lap lip-lap


Meriam bulohnye berdentum-dentum


Ketupat-nya , lemang-nya berpinggan-pinggan


Duet Rayanya berbondong-bondong


Tak kisahlah. Yang pentingnya RAYA

Selamat Hari Raya buat semua muslimin dan dan muslimat. Juga tak dilupakan pada reader2 sekalian yang setia membaca blog yang tak seberapa ni. Minal Aidil Wal Faizin.


19 July 2010

Dah mamp*s ke ape ?




Last entry : 09/05/2010




Ditolak campur adalah dalam 1 bulan lebih blog ni tak dihapdate. Bilangan orang yang melawatnya pun macam `hidup segan mati tak maw` jer hahahaa..


1 bulan lebih. Huhh. Macam-macam yang jadi. Komputer meletup, `dapat orang baru` ( baby la ) kat rumah, dan yang terbaru, kaki terseliuh teruk. Maklomlah first time masuk sparring ( taekwondo ) kann. Bila kena hentam sekali dengan macha, Ha amek kau. Berbirat tulang. 


Ayoyoo. I sakit taww.

Takpelah dapat lah ponteng sekolah hari ni kan. Alasannya, kaki sakitt.. *Anak2 jangan tiru ye.


p/s : Akan dihapdate lagi. Tapi tahun depanlah kott haha !



09 May 2010

Buat dia yang bergelar ibu !




Dulu along selalu tarik muka masam bila mak tak bagi along makan coklat. Mak kata takpayah, `Kang gigi along rongak. Nak jadi cam opah sebelah rumah ke?` Dulu along selalu koyak2 buku sekolah bila marah, tapi mak sabar, mak beli lagi buku lain. Dulu along pernah tendang kaki mak sebab taknak bawak along gi funfair. Mak sabar jugak. 


Dulu along pernah marah mak sebab mak asyik layan adek je. Along kata mak asyik biarkan along aje. Tapi lepas tu along nampak mak nangis senyap2. Ya allah berdosanya aku. Malam tu mak masuk bilik along, mak ingatkan along dah tidor. Tapi tak, along pura-pura je. Pastu mak cium pipi along. Punya terharunya along masa tu.

Mak asyik tanya je ape along buat, pergi manalah, itulah inilah. Semua disiasatnya. Kadang-kadang along rasa marah. Tapi along tahu semua tu mak buat sebab mak sayang along. Bila along sedih, along cuba nyorok. Tapi mak dapat tahu jugak. Mak bagi dorongan walaupun berkias-kias kan. Inilah yang dipanggil naluri seorang ibu.


Dengan tercongoknya along kat depan komputer ni, along nak cakap, SELAMAT HARI IBU buat mak dan ibu-ibu seluruh dunia. Terima kasih sebab lahirkan along. ♥♥



Hundreds of dewdrops to greet the dawn,
Hundreds of bees in the purple clover,
Hundreds of butterflies on the lawn,
But only one mother the wide world over.



10 April 2010

Babi itew..



Gini ceritanya..


Tadi lepas memanjakan kepala kat salun Khadijah, saya cepat-cepatlah pecut motor ke bengkel kan. Nak tukar minyak hitam katanya. Yelah. Dah 5 bulan ( kot ) tak tukar. Meletop pulak karang motor saya itew. Kalau meletopnya ala2 kentut Bob Marley, takpelah jugakkkan. Kalau meletopnya macamni?



Harusnya Primadona (mak) kat rumah tu yang meletop. Hihihih.

Okeh. Sambung cerita. Masa tengah buang minyak motor tu, saya usha2lah kan. Minyak hitam dah nak kering dah rupanya. Keluarnya pun ala2 orang kencing tak lawas gitew kann..

SIAP BOS!, kata apek itew.

Pas bayar2 lebih kurang. Saya pun ape lagi. Baliklah kan. Dengan penuh tawaddoknya. Saya undurkanlah motor saya dan tiba-tiba..

BUMM! 

Saya terlanggar motor uolss. Tumbang habis 3 bijik motor kat belakang saya itew. Adoh. Malu nak mati rasanya. Rasa nak  menyorok aje dalam tangki minyak. Takpun rasa nak tutup je kepala ngan sependar cam superman tu kan. Tapi superman boh kat 'situ' kan. Saya letaklah kat kepalakaann. Gitew..

I terkejut gila..

Dan yang sakit hatinya tu.. Ade babi budak mana entah.

ANGKATLAH MOTOR TU. BUAT MUKA TAK BERSALAH PULAK!, kata babi itew..

Ihh! Geram geram!!

Then saya angkatlah motor2 tu walaupun rasa malu macam cipan kaann. Lepas dah settle semua masalah itew, saya pun startlah motor. Nak pergi dah dan tiba-tiba lagi. 

BUMM!

Babi budak itu pulak yang terlanggar motor. Sampai berderet macam domino dah aku tengok. Hahahah. Padan muka. Dan sebelum pergi.. Haruslah saya memberi kata2 hikmah kann..


ANGKATLAH MOTOR TU. BUAT MUKA TAK BERSALAH PULAK!

Gitew.. Then apalagi...


CABOTTLAAHH!!

*Kalau aku jumpa budak tu sure aku kene belasah punya. Hihihih.