14 December 2009

Aii Apela Nak Jadi.

Aii sedar2 da 3 bulan saya jadik blogger ni ya. Haha. Saya taola blog saya ni tak sefeymes korang. Followers saya tak seramai korang. :)




Sejak jadik blogger ni jugak  macam2 jugala yg dihamburkan oleh saya di blog saya ni. Cacian, makian, kritikan, pujian and macam2 `an` lagila an. Erk. Da macam diari tak rasmi pulak asenye ya blog ni yaa. Aihh.




Saya ni suka perati orang. Jadi, saya jugak akan menjelajah blog2 sesape yg menarik hati saya untuk diterjah. Ya. Macam2 saya jumpa. Jenis yg bukak bisnes. Jenis yg saje je na umpan orang click nuffnang. Jenis yg mulut longkang. Jenis yg wat blog dia da mcam diari. *Hey, seyes! Blog dia sampai 700 lebih entrynya. :) Jenis yang koreanholic.  Jenis yang popular blognya. Jenis yang banyak cakap. Jenis yang diam2 ja. Ya. Macam2 jenis sungguh.




Tapi saya `tertarik` dengan jenis yg satu ni haa. Jenis yang menjadikan blog dia medan politik. Waah. Haha. Dasyat! Dasyat sungguh ya!




Medan politik? Mmm yang saya maksudkan bukanla pertembungan antara parti Pas ngan Umno tu ya. Pasal diorang memang saya tak akan masuk an dalam blog hutan tropika saya ni sebab saya memang menyampah yg teramat sangat dengan sifat kebudak-budakan mereka itu. Ya macam baby pulak ya abang2@pakcik2 politik ya. ;)




Tapi politik ni hanya dalam blogger sahaja. Tetapi fungsi mereka sama sahajaa seperti abang2@pakcik2 politik tu. Bezanya bergantung kepada followers a.k.a penyokong kuat mereka tulah ya. Yang samanya? Of course la tang mulut `emas` mereka yang memukao itu, ya. Yang dasyatnya lagi. Kebanyakannya mereka itu perempuan. Wah. Zaman sekarang perempuan pun boleh berpolitik ya. Jangan main-main! :D




Mereka ini saling dengki mendengki. Ya. Kebiasaannya, pada permulaannya, *Ketika followers mereka masih sedikit. mereka ini senyap sahaja. Tapi bila followers da ramai sikit. Mulalah nak hentam menghentam di blog masing2. *Saya tao blog `dia` itu popular. Jadi, mereka ini akan perasan yang followers mereka itu akan menyokong segala tindak tanduk mereka itu.




Baru sahaja saya menjengah blog seorang kakak yang comel *kott* agaknyala sebab dia yang mendakwa dia comel. Mmm bagi saya takdala comel hanya perasan saja kott. Ya sedapnya dia mengkondem blog kakak yang seorang lagi ni ya then bila kene hentam balek, dia pun memulakan perang dunia ketiga yaa. Ishh.




Sedap sedap berblogging pun ada juga yang tak sedapnya. Saya sungguh tak sedap jika ada orang yang berkias2 di blognya. Padahal kiasan tu tepat melayang ke hidung saya yang comel ini. Aii cakap sajalah depan2 kalao de yang salah silapnya. Biasalah saya juga manusia.  Jangan jadi COWARD la ya. Kenapala banyak orangg suka cakap belakang ye? Pandai cakap mestila berani cakap depan2. Betul tak? *Kao berkias aku pun berkias balek.




Err memang padanlah ramai orang bunuh diri @ gila dek kerana tekanan dengan alam internet.




Tapi saya tabik dengan orang yang buat blog dia macam diari. Sekurang-kurangnya takdela pacal2 yang mengganggu. Tahniah ya.




Mmm....




Saya juga semakin tidak faham macam mana blog seseorang itu boleh popular. Samaada melalui penulisan ka? Layout dia yang memukao ka? Atao ownernya yang comel/cantik/handsome/macho kaa?? Err siapa yang boleh jawab ya?




p/s : Kenapa banyak sangat `ya` di entry kali ni yaa??




p/s/s ; Sori entry kali ni agak negatif sikit.